Bukit Besi Terletak kira-kira 33km dari bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu didalam daerah Dungun. Bukit Besi pernah menjadi salah satu tempat yang menjadi sebutan ramai ketika dahulu yang mana ianya merupakan pusat pengeluaran bijih besi yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara sekitar tahun 1916 sebelum di tutup sekitar tahun 1970. Bermula dengan penemuan bijih besi oleh seorang ahli kajibumi Jepun bernama Kuhara kini
Bukit Besi hanya meninggalkan sisa-sisa sejarah untuk generasi sekarang.Lawatan ke Bukit Besi tidak lengkap jika anda tidak melawat pada keseluruhan kawasan perlombongan ini. Anda dapat saksikan tinggalan bangunan daripada aktiviti perlombongan. Saya melihat struktur bangunan perlombongan di sini agak besar dan ini sesuai dengan statusnya pada ketika itu sebagai lombong bijih besi terbesar di Asia Tenggara. Perlombongan bijih besi disini telah diushakan oleh sebuah syarikat perlombongan daripada Jepun iaitu Nippon Mining Company (NMC) sebelum di ambil alih pihak British selepas kekalahan
Jepun dalam perang dunia kedua. Ada penduduk tempatan disini yang saya temui masih percaya bahawa terdapat banyak tinggalan berharga didalam perut bumi Bukit Besi yang masih belum di ekplorasi. Jangan lupa untuk singgah di Bukit Besi jika anda melawat Terengganu untuk melihat tinggalan sejarah yang ditinggalkan sekitar kawasan ini.